Tuesday, November 23, 2010

sorry for posting this...hope you'll read..i know you will

assalamu'alaikum...
ke hadapan awak yang amat disayangi...

awak..sejak kita kenal mula-mula dulu, saya tahu awaklah jodoh saya dunia akhirat..insyaallah, Dia pun redha dengan perhubungan kita..saya tahu..kita jauh antara satu sama lain..banyak dugaan, ujian tapi saya harap awak kuatkan iman awak dan teruskan hidup awak seharian...walaupun saya diterima "last minute", tapi bagi saya awaklah bidadari duniawi dan ukhrawi saya..insyaallah=>

awak..saya pun sebenarnya tak percaya, dalam ramai2 ahli kaum Adam yang ada atas dunia ini saya yang menjadi pilihan awak..seronok yang amat..dengan segala kekhilafan yang ada pada diri ini, saya panjatkan syukur kepadaNya, hampir tiap-tiap malam..maafkan saya sebab beritahu semua ini..bukan apa, saya risau awak akan terfikir yang bukan-bukan terhadap saya nanti..contohnya, saya mahu ambil kesempatan terhadap awak...demi Allah..tak pernah terlintas langsung di hati saya nak berbuat demikian..

awak..saya sayang awak sangat..sebab saya tahu awak sayang lagi pada Dia..awak dahulukan Dia daripada saya..yang paling penting awak jaga rapi mahkota awak sebab awak takutkan Dia..sebab ini juga saya pilih awak..awak nak tahu kenapa saya tak pernah sentuh awak sampai sekarang? awak...sebab saya sayang awak kerana Dia...insyaallah saya ikhlas kerana Dia..(^^)

tapi...tiap-tiap hari akal dan hati saya melintaskan pelbagai andaian yang buruk..awak jangan risau sebab saya cepat-cepat halau semua itu jauh-jauh sebab saya tahu, "bersangka baik itu adalah doa yang ikhlas"..pun begitu, terkadang saya ada sesekali juga mengiakannya.."awak akan tinggalkan saya...awak sudah tak sukakan saya..awak benci saya"..saya jadi takut..takut sangat..(T.T)

awak..awak ingat tak yang awak pernah cakap.."persahabatan memerlukan banyak persamaan untuk kekalkan hubungan yang sedia ada..tapi perkahwinan memerlukan banyak perbezaan untuk ianya saling melengkapi antara satu sama lain"..awak betul..tapi saya dengan awak, bagai langit dengan bumi..jauh panggang dari api...saya pun bukanlah baik sangat pun..macam cerita p.ramlee "bujang lapuk"..tapi awak sudah dengar jawapan saya..saya akan pegang janji saya, dan kotakannya...insyaallah jika umur saya panjang...sebagai lelaki saya mestilah pegang pada kata-kata saya..awak tahu prinsip saya kan awak?

awak nak tahu? banyak perkara yang kita rancang...kita bincang dulu..saya akhiri semua itu dengan "aminn"..saya tahu..kita hanya mampu merancang tapi semua itu Allah yang tentukan..dengan keadaan saya begini, iman yang turunnya banyak tapi naiknya sedikit sahaja, saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa..semoga Dia makbulkan doa saya...insyaallah...tapi awak pun jangan lupa doa sama..

awak...saya nak pergi untuk tunaikan janji saya..saya akan istiqamah untuk lakukannya insyaallah..sebelum saya akhiri, saya mohon seribu kemaafan untuk segala kesalahan dan kekhilafan saya, sepanjang kita mengenali antara satu sama lain..saya harap awak dapat bersabar dengan saya, dan terima saya seadanya..saya akan terus berdoa, hubungan kita ini terus suci,dilindungiNya, serta berkekalan sehingga ke syurga..insyaallah..jangan lupa pesanan-pesanan saya..saya sayang awak dunia akhirat...
wallahu'alam...

yang benar..
saya yang menyayangi awak sepenuh hati

No comments:

Post a Comment