Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan
dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah
meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,
lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.
Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa
balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat
Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya
seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan
mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati
dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba
mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih
mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas
tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih
keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah
benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya
untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair
keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan
didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu
mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan
mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.
Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan
manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan
berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut
dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga
untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami
secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH
dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2
universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa
terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan
kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk
yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama.
Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti
semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai
orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada
amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau
meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada
rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang
yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan
saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada
sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita
bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama
kita renungkan.
Allahyarham Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi |
---|| this story was posted on Thursday, May 20, 2010; which is last year and now it is published by his uncle..may he is placed under His bless, and among the best person ever..a true story about a young man, truly muslim, is in Husnul Khatimah...he was my friend, and will always be my friend..his advice will always be inside this little heart..Al-fatihah...
source for the story and picture:
http://wirapendang.blogspot.com/2010/05/mati-syahidpelajar-umt-dan-gambar.html
a friend of friend in facebook; Sabily Saiful