Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Monday, March 2, 2015

22 Perkara Penting Tentang Kereta Yang Anda Perlu Tahu Jika Menjadi Seorang Pemandu Kereta

Kereta adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di atas jalanraya. Namun tidak semua pengguna mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kereta. Blog provoox senaraikan 22 perkara asas yang anda mesti ambil tahu dalam penjagaan kereta.




Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.

Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. SPARK PLUG

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.

Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. TIMING BELT

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. CLUTCH PLATE

Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. FUEL FILTER

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.



9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. RADIATOR COOLANT

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. MAINTENANCE

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. MINYAK HITAM

Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.

Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.

Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.

Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. MINYAK GEAR

Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. FLUSH

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.



19. OVERHAUL

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.

Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.

Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.

Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.

Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.

Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :


  • Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
  • Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
  • Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc


22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.

Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.


P/S:
Konklusinya, sebagai pemilik kereta kita bukan sahaja perlu mempunyai lesen memandu sahaja tetapi kita juga amatlah digalakkan untuk mengetahui sedikit sebanyak ilmu penyelenggaraan kenderaan yang sesuai.

Sumber: The Vocket

Wednesday, April 16, 2014

Dear our beloved Hawa...


Understanding Her, Chapter 1.

dear beloved Hawa,
We will never totally understand your feeling, ever.
We'll keep updated from time to time though, to get along with yours.
Just so you can happily smile again, and again.

from lots of love,
Adam.

Wednesday, August 7, 2013

beraya cara rasulullah saw | 1 syawal 1434 h |

Cara Nabi SAW Berhari Raya.
1. Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2. Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3. Mandi sunat hari raya.

4. Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6. Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7. Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8. Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9. Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.

11. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

12. Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.


Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
YB Tuan Guru al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Monday, July 15, 2013

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 / 1434 H

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 bagi seluruh negeri di Malaysia.

Perlis ~RM6.00
Kedah ~RM7.00
Pulau Pinang ~RM7.00
Perak ~RM7.00
Selangor ~RM7.00
Negeri Sembilan ~RM6.50
Melaka ~RM6.50
Johor ~RM5.00/8.00*
Pahang ~RM7.00
Terengganu ~RM4.50/7.00/7.60*
Kelantan ~RM7.00
Sarawak ~RM6.50
Sabah ~RM7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan ~RM7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.

sumber: http://www.mysumber.com/informasi/kadar-bayaran-zakat-fitrah-2013-seluruh-negeri

Monday, March 18, 2013

innallaha ma'ana



la tahzan.
innallaha ma'ana.



talk to Him, more often.
v(^___^)

Sunday, June 3, 2012

full-time job

i will post entry about the talk with ustaz don..he came to umt and the talk entitled
"syurga di telapaknya"
i think i can make it simple sentence here.....
how priceless is your mother..so, take care of her as if your life depend on it
for now, i'm going back home
balik cuti untuk mencari fokus
the one and only
my final paper
seamanship
hopefully, my thesis also is accepted by the supervisor so that i can finally graduate..aminn
graduate = done with my part-time job as student
full-time job = muslim
i'm continue the job 'til my last breath in this world
:: jaga solat ::
:: jaga iman ::
:: jaga diri ::
V(^_^)

wassalam

Thursday, March 22, 2012

each and every moment

assalamualaikum guys...=)

alhamdulillah..mom's getting better now! >.<

it's about to be the end of march, and soon april will arrive..ahhh masa amat sangat cepat berlalu~
**tengok balik fyp bagai...tiba-tiba je  harap nak jam masa daripada doraemon ;p**


nothing to say much folks..just stay happy + istiqamah of those good deeds
enjoy the photos!


salam 'alaik...V(^_^)






i do miss You...


we will go there; from where we came...


ingat doa ibu tiada hijab ok!;-)


practice makes perfect! hehee...

Tuesday, February 21, 2012

i love u both..for the rest of my life

meet: my loving-most adorable mom+strongest-most handsome dad


assalamualaikum =)
this time i just say...
say "salam" to my parents..
because of them, this is who i am;
yesterday, today, and tomorrow
.
.
.
.
.
but i want to ask a favor for you guys my fellow readers..
please pray for the safety of my parents
...especially my mom
this 29th, she'll undergo an operation
it's the fault of colon canser (kanser kolon)...

m(T.T)m

i'm begging..
please pray for her
this is the least that i can do for her
.
.
.
at least, i want to see her
with her smiling face..truly smiling face
because she has me; her son..
yang kuat mengada-ngada+manja+main banyak+study sikit+makan banyak+potpetpotpetpotpetpotpotpotpotpotpotpot...........

but

i love my mom and dad a lot..like berjuta juta juta juta juta juta juta juta juta...........................................................................................................
...........................................................
..................................................... lemon (it's too long..penat nak taip penuh)


ni nota yang dicuri oleh sorang yang BAJET tu..sile la bace

---------------------------------------------------------------------------------------
>dulu kita diajar untuk berdoa setiap masa untuk kedua ibubapa
>"ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua ibubapaku, dan kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah menjaga, serta mendidikku sejak kecil"
>inilah paling indah jika anak-anak ibubapa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat untuk mereka berdua
>mungkin kita bukan sempurna, tapi kita boleh tambah sedikit sebanyak doa ini
>selamat beramal


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu.

Ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
Dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya,
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
Sehingga kami semua berkumpul bersama
Dengan santunan-Mu di tempat kediaman
Yang dinaungi kemulian-Mu,
Ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabb.

source: https://www.facebook.com/note.php?note_id=244205312331296


terima kasih daun keladi,
lain kali lepas tulis baca lagi
\(^_^)/
salam 'alaik...

Friday, February 17, 2012

hero's duty - responsibility of khalifah

update at the night of saiyidul ayyam..please la writer..=.="


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sume \(^_^)/

saje nak hapdet sikit..sebab sekarang tengah bergaming..agak seteress+pening duk mengadap pita aka fyp aka:
"kalau tak siap benda alah ni jangan harap kau nak habis belajar"

@

"extend semester lagi satu la jawab die kalau main-main"

-_-''


writer sihat = readers WAJIB kene sihat jugak **sbb ni Physics Law; directly proportional ok;p**

don't worry..this is normal me =D
kene happy sokmo + senyum sokmo = hidup ade masalah tak tertanggung jadi ringan (insya Allah)

syukur la sebab kite dapat bernafas lagi..tipu la lau ade yang kabo "dok cukup nafas"..tu lebong sume;p
cakap pasal lebong ni...erkk tau kan mugho dio lebong tu?? **hehehee** tipu la abe adik kakok weyh..ni nak bagi satu gambar pendusta + musuh agama yang entah ape motif die buat camni..perasaan mase tengok???

" marah + sedih + kecewa + kesian + geram + naik hantu "

equals to

KALAU AKU JUMPA MANUSIA JENIS KAU, IT'S THE END FOR YOU GUYS!!!!!

I'm not say these wiithout any dalil ok!!! **tetibe hangin + naik hantu;p** ni antara yang boleh dirujuk..insya Allah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan hadith dari Abi 'Ubadah b Muhammad b. 'Ammar b. Yassar hadith dari Talhah b. Abdillah b. 'Auf hadith dari Said b Zaid hadith dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Man qutila duna malihi fa-hua syahidun, wa-man qutila duna ahlihi au duna damihi au duna dinihi fa-hua syahidun."

Bermaksud:
"Barangsiapa yang dibunuh di bawah (yakni, kerana dipaksa orang yang ingin mengambil hartanya dan dia mempertahankan haknya) maka dia mati syahid, dan orang yang dibunuh di bawah (yakni, mempertahankan) ahlinya (yakni, keluarga dari dianianya atau dikasari atau dicederakan oleh orang yang memaksanya), maka dia mati syahid atau (mempertahankan) darahnya (yakni, keselamatan dirinya) atau kerana (mempertahankan) agamanya (seperti dipaksa mengikut agama atau meninggalkan agamanya, yakni Islam) , maka dia mati syahid (jika terbunuh kerana mempertahankannya)."
[Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]

sumber: yayasan ilmu




Ini berdasarkan sabda Nabi Allah Muhammad Rasulullah s.a.w. dalam hadith sahih:

"Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka ia syahid, barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya maka ia syahid, barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka ia syahid, dan barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan keluarganya maka ia syahid."
[HR Ahmad dan Abu Daud]

Dan juga diriwayatkan bahawa  Muhammad Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa terbunuh kerana melawan orang yang akan menzaliminya maka ia syahid."
[HR An Nasa’i]

sumber: muslim daily




“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.”
[HR Ahmad dalam musnad juz II hal. 50]

“Dan pasti kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian setapak demi setapak dan sejengkal demi sejengkal, hingga kalaupun mereka masuk ke lubang biawak kalian pasti akan mengikutinya.”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, jejak orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”
[HR Muslim no. 2669]

“Tidak akan rela orang-orang Yahudi dan Nasrani kepadamu hingga kamu mengikuti millah (agama) mereka.”
[Al - Baqarah : 120]


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


more or less, it's the situation of the end of world..canggih sampai cakerawala Sirius B pun, kalau tamadunnya tak ubah macam zaman Jahiliyah dulu..tak jadi hape jugak =.="

readers, most of you guys (I dare to say) are Muslim, Muslimah..it is not just some jobs for the ustaz, ustaz, or the pendakwah..it's us fellows..we are the khalifahs..it's us - the heroes to fight back and raise the Deen up to the world...

fikir, renung dan selamat beramal **stop dulu sebab dota + red alert memanggil;p**

ni gambar yang writer post-link kat atas tadi

credit to amir arif..you do are original muslim!

ni la manusia background yang sememangnye penakut sebab tu die background

mungkin die menyamar..yang pasti lau die dijumpai.......tau-tau la;p
tips untuk elak jadi macam diorang yang berkenaan;p **teheheee**

Wednesday, February 8, 2012

take good care of it

---entry untuk 2012---
---taklah sibuk tapi agak sibuk jugalah---
heheheeee

-
=

---salam maulidul rasul 1433h---
---selamat tahun baru cina untuk sahabat tionghoa---
---selamat pengantin baru untuk sahabat yang membina masjid---
---semoga semua selamatlah---
:b

.
..
...
....
.....
....
...
..
.

paling penting...
that gift
it's strong,
but sometimes it's fragile..
so.....
"handle it with care"
"keep it good"
"use it wisely"
because...
it is a gift to all of us,
which is the most important inheritance..
from Him,
with much love..
to me.....
(and of course, you, you there, and also you guys)
^_^

Saturday, November 26, 2011

finish-start..it's about life

its the new year of Hijrah/ Hijriah..Muharram Mubarak..well just want to wish happy new year to fellow readers!;-)

here is some of info, useful for us..let's read it shall we?

------------------------------------------------------------------------------------------------------
posted by beliamuda on 17 December 2009, 1329


Salam sejahtera buat semua.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

lessons of the day:

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433


Abu Hurayra (radi Allahu anhu) reported:
the Holy Prophet (sallallaahu alaihi wasallam) said;

"Wealth is not diminished by giving (in charity). 
Allah (Subhanu wa Ta'ala) augments the honour of one 
who forgives; and one who displays humbleness towards 
another seeking the pleasure of ALLAH (Subhanu wa Ta'ala), 
Allah (Subhanu wa Ta'ala) exalts him in ranks."
[Muslim]
(^_^)

Tuesday, October 18, 2011

all the way up

how long that i am not writing; stop blogging??? alasan selalu dengar.."busy lorh~~~~" yup quite busy, and could not read all the totally-up-to-date entries..sorry friends..but i did managed to read the title..too eager and curiously to read..i will try, bit by bit..just for today i had done my first pita progress presentation and it went quite disappointed..kena pangkah kaw kaw..aiyoo.....but i take it as challenge to keep forward with my project supervised by "beloved" lecturer dr sulaiman..huhuhuuu;p now kena proceed dengan asainmentzzz, for example:-
1. eop
2. coastal
3. reportzzz
4. li slide presentation ---> report jgk
5. 6-packing my belly (dowh)
haha..mengarut a lot..by the way i want to ask your favour my fellow reader..mak sekarang dalam rawatan di kuala lumpur..please take a minute and pray for her safety at best condition..aminn:-)

jom berdoa untuk kedua ibubapa kita!(^_^)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah,
Ampunilah bagiku segala dosaku
Dan juga dosa kedua ibu bapaku
Dan kasihanilah mereka keduanya
Sebagaimana mereka memelihara
Dan mendidikku sejak masa kecil
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya
Dosa-dosa mereka dan bertambahnya
Pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
Dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah,
Bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku
Memberi syafa'at untuk mereka
Sehingga kami semua berkumpul bersama
Dengan santunan-Mu di tempat kediaman
Yang dinaungi kemuliaan-Mu
Keampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki
Kurnia yang Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir
Dan Engkaulah yang Maha Pengasih
Di antara semua pengasih
Amin ya Rabb..

smile always - senyum sokmo - الابتسامة دائما - 微笑始终 - हमेशा मुस्कान - รอยยิ้มเสมอ

p/s: thanks to pakcik gugel utk sumber sumber ini;-)

Thursday, September 15, 2011

true hero, true muslim


Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

Allahyarham Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi





---|| this story was posted on Thursday, May 20, 2010; which is last year and now it is published by his uncle..may he is placed under His bless, and among the best person ever..a true story about a young man, truly muslim, is in Husnul Khatimah...he was my friend, and will always be my friend..his advice will always be inside this little heart..Al-fatihah...

source for the story and picture:

http://wirapendang.blogspot.com/2010/05/mati-syahidpelajar-umt-dan-gambar.html
a friend of friend in facebook; Sabily Saiful

Monday, August 29, 2011

last but not least

i'm quite busy actually for these past weeks (mostly)...
that's the top reason, but usually i do hard to write something..;p

hope this sacred month, Ramadhan al Mubarak..
won't go wastely; gone like the wind..
"Ramadhan dirindui, Syawal diberkati" (iklan tv) B-|

no picture for now..well it's not that too important isn't it? ;-)
hahaa...i want to share something..
picked 'em randomly, and you guys can find it..
just ask my pakcik Gugel..
have a nice time reading!
(^_^)

"Intense love does not measure, it just gives."
.
"My night has become a sunny dawn because of you."
.
"Where we love is home, home that our feet may leave, but not our hearts."
.
"Two souls with but a single thought, two hearts that beat as one."
.
"Distance does not matter if two hearts are loyal to one another."
.
"If distance were measured in terms of the heart we'd never be more than a minute apart."
.
"We are going to have peace even if we have to fight for it."
.
"This love is silent."
.
"Do what you can, with what you have, where you are."

Sunday, July 31, 2011

always, and forever

its the heart "virus" that is fatal..
if one don't cure and avoid it...
so be sure to take a really, totally good care of this little thing;
because it's the main reason for all things that we'll do..
(^_^)

the heart is under maintenance process..;-)

ahlan wasahlan Ramadhan al-Mubarak..
once again, and i really really hoping that i can do all my very best to it more than ever..
if i can't, then it'll be my last..it's all up to Him, as He knows best..Allah the Almighty, the One and Only..
these are not allowed!;p

going somewhere???;p

this wednesday is the last day of my practical session, and will return home at 7.30pm on that day..
of course, as all the days passed, keep doing my very best to get inputs more or less, as it will be my last week here..thanks a lot to mak cik nasi kandaq..she's been too nice, too kind while i'm here..and to En. Din store..i'll remember that till the last day of this body and soul, may Allah blesses both of you always..
insya-Allah, aminn...

take care guys..jaga iman dan amal...V(^_^)

sharing is caring;-)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H

p/s: nanti Maghrib jangan lupa niat puasa!;-)

Saturday, July 23, 2011

*yawning*

(typing while sleepy + listening to randomly played songs)

Khusyuk amat; assembling the sealant tape...

eh!? mis-targeted...;p

Meet my practical friends; from left: tan, ilah, ima, farid...

yeah...feel the sea breeze~

botok (right); done the the 'dive' during dry docking operation...
salam 'alaik guys...its been a while..too lazy (not busy) to do blogging...
now its only 2 weeks left before return home..i'll manage to fast here while this practical session, for the first 6 days of Ramadhan..
well, these pictures and more were taken almost by tan and me myself..credit to him;-)
nothing to say much...
jaga solat, jaga diri, and senyum sokmo!
(=.=) sweet dreams~

bismilla hirrahma nirrahim...bismikalla humma ahya wa amuut..amin ya Rabb

Wednesday, June 29, 2011

Israk dan Mikraj 1432 Hijrah : Suatu Kisah Islam Bersejarah

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah S.A.W. dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi S.A.W. ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud :

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"


Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masjid al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi Muhammad S.A.W. ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Peristiwa Isra' dan Mikraj adalah suatu kejadian di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda S.A.W. sedar sepenuhnya. Ia juga berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi S.A.W. bukannya roh sahaja, walaupun terdapat perbezaan pendapat antara para ulama'.

I've been translated this whole day. Not much and hopefully not less. One of the most valuable event in Islamic history..

p/s:
dunia pun dunia jugak abe abe dan adik kakok..mano pun kito pijok, langit mano pun kito junjung..ado satu bendo hok kito keno ingat sokmo sokmo...
"Islam is the best way in life"



Sunday, June 5, 2011

turn over a new leaf

eat kitty!!!

for you...

not quite long ago i did looked at these cartoons..
domo-kun & danbo..
~japan made~
well japan do revive again from below..
they are truly asia..
amat kagum
"bilo la aku ni dapat jadi po awok demo ni..."
hahahaa..sometimes my little hearty asked me..

soon..insyallah..keep trying
now..im in week 4 out of 12..8 weeks left
need to maintain this high-fighting spirit..istiqamah as well as maintain iman yang tinggi
V(^_^)

Saturday, April 23, 2011

time is gold

it is quite a long time since my last post...
well kind of busy here..
im in the middle of final examination, and tomorrow's 3pm (april 23rd, 2011), will be my 3rd paper...
3 to go!!!=)

its not like i have enough time to do revision, as not i dont have enough either..
but i do try my best to manage my time as smooth as 24/7 all around...

well for those who are in the same boat as me, wish you guys all the best...
aja fighting!=b
my final papers
after returned from library (my world's record..studied at there), suddenly i got a lightning-shocked...
i remembered a thing..
"masa itu emas"
yup..
wal 'asr (1:103 al-'asr)

then these 3 songs came to me...
"demi masa...sesungguhnya manusia kerugian...melainkan...yang beriman dan yang beramal soleh..."
"..our time is running out..our time is running out..you cant push it underground..you cant stop it screaming out..."
"...oh don't, don't, don't get up...sh-sh-sh-sh-i can't see the sunshine...oh i'll be waiting for you baby...cause i'm through...sit me down...shut me up...i'll calm down...and I'll get along with you"

after the 0.002 s of processed impulse, then it came out these...
"because of time, im running out of it..so i need to recover it back coz i only live once"

.....just think about it..

"..by time..."
"remember five things, before five things.."
"healthy before sick.."
"young before old.."
"having before needing.."
"spare the time before time is limited.."
"life before death..."

wassalam

V(^_^)

Sunday, March 20, 2011

traveler on earth

schedule aka jadual untuk praktikal
it is calm...
too calm..
we are living in peace, definitely we must show our gratitude to The One..
we can do our dauly routine without much critical problems..
as such, the student like me..
i can do my studies, my stuffs and so on without worry that somethings gonna happen soon..more or less i am really thankful to Allah..
we muslim and muslimah and all the people around the globe...
we are just traveling on this piece of land..
inilah nikmatNya..
alhamdulillah..
all praises to Allah

thats not to be the same for our friends at japan..
they faced the wrath of nature; earthquakes and tsunamis..
even with the most advance system to detect these natural disaster, they took heavily damaged during the incident..
al-fatihah to them, hopefully they will recover back quickly and be the at the top again..
source: google search...see one of the effect by the big wave
"Do not lose hope in Allah, for He is the Creator. He will create another way for you. Do not flee from your trials; patience and adversity is the foundation of all virtue, of compassion and sainthood. Patience is the foundation, and without a sound foundation you cannot build a monument."
Shaykh Abdul Qadir Jilani

"The catastrophe: What is the catastrophe, and what will convey to you what the catastrophe is? A day when humanity will be like scattered moths and the mountains like fluffed wool. Then those whose balance is heavy will be in a pleasant life, while those whose balance is slight wind up in an abyss. And what will convey to you what this is? Raging fire."
101: 1 to 11

"Allah is kind and loves kindness in every matter."
Bukhari & Muslim